Ain seorang yang simple je sebab ain tak suka memberatkan otak ain fikir benda2 yang tidak perlu. Ain sayang orang2 disekeliling ain ♥♥♥♥♥
if ada apa2 nak hubungi
emel: ainlavenda88@gmail.com
Posted by: Siti Nurain (muslimah milik ayah dan ibuku, hamba Allah SWT) / Category:
mUhAsAbAh
Masa berjalan tanpa kita sedari. Setiap detik berlalu sambil kita melakukan tugas hakiki kita di atas muka bumi ini. Sesungguhnya,masa tidak menunggu kita. Ana masih ingat sewaktu di sekolah rendah, cikgu mengajar tentang bagaimana untuk mengira waktu seperti saat, minit, jam dan hari. Ana yakin anda sekalian juga begitu bukan??
Tapi berapa ramaikah di antara kita yang betul- betul mempraktikkan ilmu yang dipelajari itu. Bukan dari segi duniawi yang ana maksudkan. Ini kerana sememangnya di zaman ini sudah ramai bijak pandai yang berjaya, pastinya soalan mengenai mengira masa seperti saat,minit, jam dan hari sangat enteng untuk dijawab. Ana ingin mengajak kita semua merenung dari sudut usia kita yang semakin meningkat dan berapa lama lagi masa yang kita semua ada untuk mencari bekal untuk dibawa bersama ketika kita akan mengadap-Nya di hari perhitungan kelak. Sudah bersediakah kita. Adakah dengan apa yang ada sekarang sudah mencukupi untuk kita???
Adakah kita menggunakan ilmu yang kita pelajari dulu untuk menghitung berapa lama masa yang telah kita sia- siakan. Kita tidak mungkin dapat mengira masa yang masih tinggal untuk kita kerana ajal dan maut kita telah ditentukkan oleh-Nya. Itu bukan di dalam kawalan kita, insan yang lemah ini. Kita mungkin akan dijemput bila- bila masa sahaja. Saat ini jua ia mungkin berlaku. Sebagai manusia biasa kita tidak mengetahui bilakah kita akan dipanggil-Nya. Oleh itu, tepuk dada tanya hati dan jiwa kita. Adakah kita sudah bersedia? Adakah cukup dengan hanya solat lima waktu sehari semalam? Adakah cukup dengan hanya memakai tudung tetapi tidak mengikut adab- adab pemakaian yang sebenarnya yang dianjurkan oleh islam?
Janganlah kita angkuh dengan hanya berbekalkan amalan yang belum tentu diterima kerana mungkin ketika kita melakukan ibadat kepada- Nya, kita didatangi perasaan riak, dengki, menunjuk- nunjuk dan sebagainya yang menyebabkan amalan kita tidak ikhlas.
Manusia sememngnya mudah leka dengan duniawi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita sesama kita saling mengingatkan dan menasihati. Namun, di dalam kita ingin menasihati insan lain, seeloknya selidiklah yang sebenarnya dan gunakanlah cara yang sebetulnya agar nasihat dan peringatan yang disampaikan mudah diterima dengan baik oleh pihak yang dinasihati. Sesungguhnya islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan. Kadang- kala, kita sendiri yang menyulitkan perkara yang mudah. Contoh yang dapat ana berikan di sini, andai kita adalah perantau, kita boleh melakukan solat Jama’. Nah, di sini menampakkan Islam menggalakkan umatnya untuk melakukan amalan wajib tanpa membebankan kita.
Marilah kita sedar dari lena ini, sesungguhnya kelalaian itu merugikan. Jangan hanya kerana ingin menikmati keseronokkan duniawi kita lupa tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Ingatlah, ajal maut sentiasa menanti kita. Ia takkan memberi isyarat sebelum menemui kita. Andai telah sampai waktunya kita akan kembali kepada-Nya. Dunia ini hanyalah pinjaman kepada kita semata- mata, ia akan diambil dari kita bila- bila sahaja. Peringatan ini juga untuk diri ana, semoga kita sama- sama memperingati dan mengingati sesama lain. InsyaAllah.
Posted by: Siti Nurain (muslimah milik ayah dan ibuku, hamba Allah SWT) / Category:
buat sahabat,
mUhAsAbAh
Assalamualaikum,,
Suasana di dalam hati ana hari ini agak suram, ana berasa sedikit terkilan diatas sebab- sebab yang tidak dapat dijelaskan di sini. Ana telah menumpahkan air mata ana di atas dugaan yang menimpa ana. Ana menangis dengan sedih sekali. Namun hati ana tetap tidak tenang. Ana teringat ada orang mengatakan menangis itu terapi. Tetapi nampaknya terapi ini kurang berkesan untuk masalah yang ana hadapi ini. Mungkin cara ana melaksanakan tidak betul..^_^
Setelah itu, ana membaca ayat- ayat suci al- Quran. Alhamdulillah, hati ana lebih tenang dan ana dapat berfikir dengan lebih tenang. Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati kita menjadi lebih tenang. Hati yang runsing, fikiran yang berserabut menjadi lapang dan tenang. Sememangnya, kadang- kala Allah menguji hambanya untuk mengingatiNya. Walaupun masalah ana belum diselesaikan, namun ana sudah lebih tenang dan tiada lagi air mata yang mengalir membasahi wajah ana.
Alang- alang sudah menyentuh tentang cara menenangkan hati yang sedang berduka lara, ana ingin membincangkan hal ini dengan keadaan semasa hari ini. Pernahkah kalian membaca di dada- dada akhbar orang membunuh diri kerana sedih? Sedih kerana ditinggalkan kekasih? Atau mungkin kerana masalah keluarga? Atau mungkin kerana masalah perniagaan? Atau mungkin juga masalah tekanan pelajaran? Pernahkah kalian terfikir mengapa jalan itu yang dipilih oleh orang- orang itu? Ditambah pula yang beragama islam.
Apa yang pastinya, ana berasa amat sedih dan bersimpati pada keluarga insan- insan ini. Mereka mengambil jalan yang pintas tanpa memikirkan tentang kesan tindakan mereka itu. di tambah lagi, bagi insan- insan yang beragama islam, sudah terang lagi bersuluh membunuh diri adalah tergolong di dalam perbuatan yang berdosa besar hukumnya.
Masalah ini amat berat dan harus diberi perhatian yang lebih oleh semua pihak. Ibu bapa contohnya, haruslah memastikan anak- anak sentiasa diberi perhatian sewajarnya. Ajarlah anak- anak agar menjadi insan yang tabah dan tidak mengambil jalan yang pintas di dunia tetapi di akhirat nanti......perkara yang penting yang harus diterapkan pastinya mengajar anak- anak mengenal agama dengan baik bukan sekadar keperluan untuk lulus periksa di sekolah semata- mata. Ajarlah anak- anak untuk mengenal apa itu dosa besar dan dosa kecil agar mereka menjauhinya. Ajarlah anak- anak merujuk kepada agama apabila berdepan masalah bukan merujuk perkara yang salah. Sesetengah anak- anak muda lebih gemar berpeleseran apabila berdepan masalah contohnya tekanan belajar. Ajar anak- anak membaca al- Quran. Sesetengah ibu- bapa memandang enteng perkara ini, kononnya dengan alasan anak- anak masih kecil, tidak perlu terlalu tergesa- gesa. Kalau tidak sewaktu kecil, bilakah masanya yang sesuai. Bukankah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ambil langkah sekarang dari menyesal di kemudian hari.
Di zaman yang serba canggih ini terlalu banyak dugaan dan godaan. Andai hati tidak kental mudah terjerumus ke lembah yang menyesatkan. Sekali terjebak, sukar untuk berundur kerana mata, hati dan jiwa telah dikaburkan oleh hasutan syaitan. Bukankah lebih baik mencegah dari mengubati?
Jika dibaca di akhbar mahupun di internet, beristighfar panjang kita semua, banyak sekali maksiat yang berlaku di depan mata kita. Tetapi ada antara kita yang pura- pura tidak nampak. Bangunlah dari lena itu. bangun dan saksikan kehancuran yang berlaku di depan kita semua. Janganlah seperti sudah jatuh baru nak terngadah.
Anak- anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Jangan disia- siakan. Bentuklah agar anak- anak anda tidak tergolong di dalam insan- insan yang melakukan perkara- perkara yang dilarang.
Kembalilah kepada apa yang sepatutnya. Nasihat ana, andai terasa sedih mengadulah kepada-Nya. Janganlah bertindak tanpa menggunakah akal yang dianugerahkan kepada kita. Kita dibezakan dari haiwan kerana memiliki akal. Gunakan akal sewajarnya. Banyak cara kita boleh lakukan, contohnya, dengan membaca al-quran, bersolat dan berzikir. Insyaallah kita akan menjadi tenang. Dan apabila kita lebih tenang, barulah kita dapat membuat keputusan yang terbaik. Insyaallah. Amin.
Posted by: Siti Nurain (muslimah milik ayah dan ibuku, hamba Allah SWT) / Category:
mUhAsAbAh
Assalamualaikum... Ana bukanlah begitu arif untuk berbicara tentang hal ini...namun, ana ingin berkongsi apa yang ana pelajari melalui pembacaan ana yang sedikit cuma.
Aurat wanita merangkumi banyak perkara pada diri wanita itu seperti suara, tubuh dan badan perhiasan.
Firman Allah,
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
Kebanyakan wanita muslimah kini sememangnya memakai tudung tetapi ada sesetengahnya hanya kerana mengikut ‘fesyen’ semata-mata kerana perkembangan aliran fesyen bertudung yang semakin berkembang dengan pesat pada waktu ini. Ramai yang tidak menyedari selain memakai tudung perlulah juga menjaga adab- adab pemakaian tudung itu agar selari dengan kehendak Islam dan bukan sekadar ‘fesyen’ semata- mata.
Firman Allah yang menyatakan tentang keperluan untuk melabuhkan tudung menutupi dada.
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
Cara menutup aurat bagi perempuan menurut islam berserta dalil-dalilnya mengikut al-Quran dan al-Sunnah. (sumber: ruang soal jawab kemusykilan agama JAKIM)
Di antara cara-cara menutup aurat bagi wanita Islam ialah:
i) Menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan
ii) Pakaian tersebut tidak nipis sehingga menampakkan kulit
iii) Pakaian tersebut tidak ketat
iv) Pakaian tersebut tidak terlalu mahal
v) Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian orang bukan Islam.
Mengenai kewajipan ini Allah SWT berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka , atau anak-anak bagi saudara lelaki mereka ,atau anak-anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya".
Selain itu, suara wanita adalah aurat sekiranya suaranya amat merdu sehinggakan boleh menjadi fitnah kepada masyarakat (yang bertujuan untuk menggoda lelaki)
Tabarruj???
Apakah tabarruj?
Tabarruj ialah perhiasan berlebih-lebihan dari segi pemakaian, kecantikan buatan dan sebagainya.(sumber ruangan kemusykilan agama JAKIM)
Terdapat hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi yang menjelaskan bahawa,
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
Abul A’la al Maududi berkata:
“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-
(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);
(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya.
Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak.
"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].
Oleh itu, marilah semua wanita muslimah, mulalah menilai apakah pakaian yang sering kita pakai, bagaimanakah tudung yang kita letakkan sebagai penjaga maruah kita...sama- samalah kita renungkan. Buatlah keputusan yang terbaik. Islam menetapkan yang terbaik untuk hambanya. Tiada yang menyusahkan kerana setiap yang ditetapkan untuk kita ada sebabnya.
Posted by: Siti Nurain (muslimah milik ayah dan ibuku, hamba Allah SWT) / Category:
CiNtA
pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya.
hati akan terseksa dengan barah rindu.
rindu palsu akan membelengu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar- benar mabuk cinta.
fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk bagiku.
jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
dipetik dari buku PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH & RASUL karya FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN Read more »
Posted by: Siti Nurain (muslimah milik ayah dan ibuku, hamba Allah SWT) / Category:
CiNtA
Seorang penyair Arab berkata:
Cinta merupakan anugerah takdir,
pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
tenggelamlah ia di dalamnya, tak tertolong lagi.
Posted by: Siti Nurain (muslimah milik ayah dan ibuku, hamba Allah SWT) / Category:
CiNtA
Ana ingin untu berbicara tentang cinta. Ana bukanlah pakar tentang cinta kerana seperti yang ana tuliskan sebelum ini, ana hanya pernah ber’cinta’ sekali dan selepas itu tidak lagi. Tetapi ana bukanlah mahu bercerita tentang cinta ana itu. tetapi tentang cinta yang semua orang kejarkan sekarang ini. Layakkah kita untuk bercinta?? Mampukah kita untuk menjadi pencinta yang hebat?? Siapakah idola cinta kita??
Layakkah kita untuk bercinta??
Kelayakan apa yang diperlukan untuk bercinta? Kita muda-mudi di zaman ini seakan tidak lengkap hidup andai tidak bercinta. Rakan-rakan bercinta, kita juga mahu bercinta. Tetapi kita tidak terfikir apa itu cinta? Adakah untuk bercinta kita perlu untuk berhubung sehari-hari, menghabiskan masa berjam- jam bercakap di telefon atau ber’yahoo massenger’ atau pun ber‘twitter’ dan sebagainya? Bagi ana, kita perlulah mencintai diri sendiri terdahulu sebelum kita mencintai orang lain, dengan ini kita aan menghargai diri sendiri dan tidak akan menganiayai diri sendiri. Dan semestinya, sebelum kita mampu mencintai diri sendiri (bukannya mementingkan diri sendiri) kita perlulah mencintai Allah SWT kerana Dialah pemlik diri kita, insan yang lemah. Seelok-eloknya bercinta lah dengan suami sendiri bagi wanita, dan bercintalah dengan isteri sendiri bagi lelaki. Ini pastinya akan membawa lebih kemanisan dalam alam rumah tangga anda dan tentunya tidak melakukan dosa kerana anda bercinta dengan insan yang halal bagi anda. Andai belum berkahwin, sesungguhnya syaitan sentiasa membisikkan godaan untuk anda melakukan dosa. Dan, walau tanpa anda sedari anda melakukan kesilapan itu biarpun begitu kecil seperti sentiasa teringat- ingat dan terbayang- bayang wajah insan yang anda cintai itu. apalah ertinya mengingati dan membayangkan wajah insan yang tidak halal bagi anda. Pastinya hanya menambah dosa. Sebaiknya belajar untuk mencintai Allah SWT terlebih dahulu kerana cinta Allah membawa ke syurga. Andai inginkan cinta sesama makhluk manusia, cintailah yang halal bagi anda. Dapatkan cinta anda dengan cara yang betul dan sah. Insyaallah cinta anda akan lebih diberkati.
Mampukah kita untuk menjadi pencinta yang hebat???
Mampukah kita menjadi seperti Siti Khadijah dan Nabi Muhammad saw?? Cinta mereka begitu indah. Biarpun Siti Khadijah lebih tua dari Rasulullah saw, namun cinta mereka begitu teguh, manis dan indah. Cinta yang dibina begitu utuh dan berseri. Dibandingkan dengan diri kita yang begitu lemah mampukah kita menjadi pencinta yang hebat??
Hanya dengan menghadiahkan hadiah- hadiah yang mahal dan berjenama, adakah itu sudah begitu hebat? Adakah cinta kita hanya bernilai sebuah jam berjenama Gucci? Begitu murahkah nilai cinta yang lahir dari dalam diri kita untuk insan yang kita ‘cintai’? sesungguhnya cinta yang dibina di atas paksi kebendaan tidak akan kekal lama dan tiada nilai keikhlasan yang sewajarnya. Di mana nilai keikhlasan yang ada andai cinta yang dibina di atas paksi kebendaan itu akan bernilai bila sudah tiada nilai kebendaan (bankrap atau sebagainya seperti hilang harta atau jatuh miskin). Pencinta yang hebat pastinya pencinta Allah SWT yang hebat jua.
Siapakah idola cinta kita??
Adakah idola cinta kita adalah artis- artis yang semakin banyak yang bercerai- berai. Tidak dinafikan mereka manusia biasa. Namun, cuba lihat di mana letaknya bahagia andai duit banyak tetapi tiada insan yang disayangi di sisi. Carilah idola cinta yang dapat dicontohi bagaimana mereka memantapkan cinta mereka sesama sendiri seiring memantapkan cinta kepada Allah SWT. Rasulullah contoh terbaik. Biarpun tidak dapat mencontohi semuanya. Mengambil serba sedikit sudah mencukupi.
Psst: andai sudah sampai seru, kahwinlah kerana sesungguhnya kahwin akan menutup pintu- pintu dosa yang mungkin berlaku contohnya zina dan maksiat.
Posted by: Siti Nurain (muslimah milik ayah dan ibuku, hamba Allah SWT) / Category:
mUhAsAbAh
Assalamualaikum, ana terpanggil untuk menulis lagi tentang kesilapan yang ana mahu kalian jangan ulangi. Walaupun ia mungkin kesalahan yang tidak melibatkan orang lain, namun ia melibatkan jiwa ana sendiri. Sememangnya manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, namun kita perlu saling mengingati antara satu sama lain agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ana bersyukur ana sudah menyedari perkara ini. Ana berusaha untuk menjaga hati ibu bapa ana dengan sebaiknya. Bukan mahu membuka pekung di dada tetapi sebagai peringatan sesama kita agar tidak mengulangi kesilapan ini.
Sebelum ini, ana sering mengomel tentang kekurangan diri ana. Ana seperti tidak bersyukur dengan apa yang ana miliki sedangkan kini ana sedar ana adalah cukup bertuah dilahirkan sempurna tubuh badan, sihat dan keluarga ana masih mampu menampung kehidupan ana sehinggalah kini ana sudah hampir menamatkan pengajian ana yang tinggal beberapa bulan. Dahulu, walaupun ana tidak merungut kepada ibu bapa ana tentang kesusahan yang kami alami, tentang keinginan ana yang terpaksa disimpan didalam hati kerana tidak mampu untuk membeli namun ana sering merajuk hati dengan ibu bapa ana kerana tidak dapat memiliki. Kini, ana sedih kerana ana pasti tindakan ana dahulu tentu melukakan hati ibu bapa ana. Ibu bapa mana yang tidak mahu memenuhi kemahuan anak-anaknya, namun kerana ketidakmampuan mereka terpaksa menolak. Betapa ana bersalah kerana pernah melakukan itu. Kadang-kadang ana akan memahami apabila tidak dapat apa yang ana mahukan namun kadang kala nafsu menguasai diri dan ana tanpa sedar melukakan hati ibu bapa ana.
Selain itu, ana sering mengadu ana ini tidak cantik dan tidak layak berkawan dengan sesiapa. Sedangkan ana memiliki tubuh badan yang lengkap dan sihat. Ana menjadi takbur, ana mahu lebih cantik dari apa yang dianugerahkan Allah SWT dan ana mula memakai pelbagai produk sehingga kulit ana menjadi sensitif. Betullah apa yang diberi tuhan sudah cukup indah dan sebaiknya untuk hambanya. Sedangkan dulu kulit ana licin dan tidak perlu memakai apa-apa produk tetapi kerana inginkan kulit yang cerah (ana berkulit sawa matang dan sedikit gelap) kulit ana kini perlukan penjagaan yang khas kerana sensitif. Jika difikirkan kini ana terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan kerana kealpaan ana sendiri.
Di sini, ana ingin menasihatkan bersyukurlah dengan apa yang dianugerahkan Allah SWT kerana Dia hanya memberikan apa yang terbaik untuk hambanya. Andai ada yang kita rasakan kekurangan fikirlah tentang insan yang lebih kurang dari kita. Andai kita fikir kita tidak cantik, bersyukurlah kerana kita dikurniakan dengan sempurna. Biarpun kita kekurangan dari segi sesuatu, Allah SWT itu maha adil, pasti kita ada kelebihan yang orang lain tidak ada. Bersyukurlah dengan segala yang kita miliki. Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki dari mengukur apa yang kita tidak miliki. Andai kita memiliki kekurangan belajar untuk memperbaiki bukan merosakkan. Ada kekurangan yang harus kita terima kerana itu sebenarnya bukan kekurangan tetapi mainan nafsu untuk menguji tahap keimanan kita. Ada kekurangan yang harus ditingkatkan seperti perlu belajar lebih rajin untuk membaiki keputusan peperiksaan. Nah, itulah yang harus dibaiki. Allah SWT memberi kita akal untuk kita berfikir baik dan buruk sesuatu hal dan perkara serta agar kita mampu mengawal tindakan yang bakal kita lakukan. Selain itu, janganlah kita menggunakan kelebihan kita untuk kejahatan seperti wanita yang cantik menggunakan kecantikkannya untuk menggoda lelaki- lelaki yang tidak kuat imannya, begitu juga lelaki- lelaki yang kaya menggunakan duit untuk membeli maruah seorang wanita dengan sewenang- wenangnya. Janganlah kita riak dengan apa yang kita miliki. Riak adalah sangat dilarang didalam islam. Sebaiknya gunakanlah kelebihan yang kita miliki untuk membantu insan lain yang memerlukan. Sesungguhnya itu lebih baik dan pastinya mendapat ganjaran pahala.
Psst: belajarlah untuk berterima kasih kepada ibu bapa kita kerana tanpa mereka mungkin kita tidak mampu untuk melihat dunia ini sekalipun. Janganlah sekali-kali merajuk kerana tidak dipenuhi 1 kemahuan kita, tapi fikirlah berapa banyak kemahuan yang dipenuhi sejak kita dilahirkan.
Posted by: Siti Nurain (muslimah milik ayah dan ibuku, hamba Allah SWT) / Category:
CiNtA
Sewaktu ana berusia belasan tahun, ana pernah mempunyai seorang teman lelaki.itu adalah cinta pertama yang ana kenali dan terakhir hingga saat ini. Ana akui saat itu bukanlah ana begitu menyukai malah ana rasakan ana tidak mengerti pun apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ‘cinta’. Mungkin sekadar mengikut trend. Ana melihat rakan-rakan sekeliling ana sudah mempunyai teman lelaki dan seperti seronok kerana mendapat hadiah dan sering keluar bersama selain belajar bersama-sama. Pada waktu itu ana tidak memikirkan bahawa itu adalah perkara yang salah. Namun, ana bersyukur kerana sepanjang ana ‘berkawan’ teman lelaki ana tidak pernah mengambil kesempatan kepada ana. Kami tidak pernah berpegangan tangan sekalipun duduk dekat. Ana meletakkan syarat itu kerana ana masih mahu hubungan yang terjalin adalah berdasarkan keikhlasan. Sungguh dia tidak pernah mengambil kesempatan mungkin kerana dia menghormati kehendak ana. Namun, hubungan itu tidak bertahan lama kerana ianya adalah hubungan jarak jauh. Kami tidak pernah bergaduh, namun mungkin kerana si dia bosan menunggu ana yang tidak mahu seperti orang lain yang sering keluar bersama dan sebagainya. Kerana terputusnya hubungan itu, keputusan ana di dalam peperiksaan merosot. Ana seakan tidakdapat menumpukan kepada pelajaran. Ana kecundang. Keputusan ana amat merosot. Nah, disinilah ana mula melihat betapa silapnya keputusan ana kerana ber’couple’. Kerana mengikut ‘trend’ sedangkan ana tidak kenal apa itu cinta. Ana tersilap langkah. Ana fikirkan ana mampu mengawal hubungan itu agar ianya suci kerana kami tidak pernah berpegangan tangan, keluar juga tidak pernah duduk berdekatan mahupun berduaan. Namun, apalah ertinya.
Kini, ana menyedari kesilapan ana yang lalu. Andai dulu, ana memikirkan ana sudah tidak mahu untuk ber’couple’ kerana ana sukar untuk mempercayai lelaki kerana setelah beberapa bulan hubungan kami berakhir, ana mendapat tahu si dia sudah mempunyai orang lain malah rupa-rupanya sebelum hubungan kami berakhir. Betapa hancurnya hati ana kerana ditipu sedemikian hanya kerana hubungan jarak jauh kami.
Kini, ana sudah menetapkan. Ana sudah tidak mahu melakukan kesalahan yang sama. Kini, ana mahukan hubungan yang terjalin antara seorang wanita dan seorang lelaki yang diredhai Allah SWT. Ana menyerah pada waktu untuk ana mengetahui siapakah jodoh ana yang telah tertulis untuk ana yang telah ditetapkan Allah SWT. Bukan berputus asa. Tetapi ana tahu di persimpangan hidup ana, bila tiba masanya insan itu akan muncul kerana biar kita bercinta 10 tahun namun, andai sudah bukan jodoh tiada ertinya tetap tidak akan berkekalan hubungan itu. ana begitu sedih dengan fenomena yang terjadi sekarang. Bercinta sudah satu hal, ditambah pula berpegang tangan dan berpeluk sesuka hati. Andai tidak berjodoh dan masing-masing berkahwin dengan orang lain. Apalah yang tinggal untul suami. Isteri yang dikahwini sudah dipeluk-peluk orang lain. Syukurlah andai sudah menyesal dan mendapat suami yang pemaaf dan menerima kekurangan isteri. Andai sebaliknya yang berlaku, suami mula mengungkit kisah silam si isteri dan pada waktu itu sudah tiada perkataan menghormati antara satu sama lain. Maka pincanglah rumah tangga. Cubalah kita melihat kesan perkara yang dianggap seronok danmebahagiakan ini di masa hadapan. Ini melibatkan institusi kekeluargaan yang bakal terbina. Ana tidak mahu diri ana berdiri sebagai salah seorang disitu. Maka ana amat bersyukur ana sudah tersedar dari lena dan mimpi ngeri itu.
Di sini,ana ingin berkongsi puisi yang dihantar kepada ana oleh seorang sahabat yang menjadi penyokong agar ana berubah.
Salahkah bercinta??
Aku pernah mengidamkan kebahagiaan cinta seperti insan lain
Aku jua pernah mengimpikan sayang dari orang yang betul2 istimewa
Aku xnafikan pernah meminati seseorang tanpa sesiapa pun tahu, tapi apa daya
Aku terpaksa pendam cinta manusia kerana janji Allah
Aku amat yakin janji Allah adalah benar
Lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik
Aku mohon aku salah seorang darinya
Dan walaupun sedih dan perit tidak pernah dimiliki sekurang-kurangnya mati syahid jadi pilihanku
Wahai mujahidah yang solehah
Yakin dan carilah cinta Allah sepenuhnya
Moga dapat menjadi pengurus dan pelindung yang baik untuk keluarga anda
Posted by: Siti Nurain (muslimah milik ayah dan ibuku, hamba Allah SWT) / Category:
mUhAsAbAh
Suatu hari sedang ana berbual2 dengan seorang sahabat ana
melalaui laman yahoo massenger, ana disedari dari sebuah lena yang
panjang......
Lena yang panjang itu yang ana anggap sebuah kehidupan yang
sempurna ana jalani sebagai seorang muslimah. Ana memakai tudung yakni menutup
rambut ana sepenuhnya,ana solat dan puasa, ana kurang bergaul dengan lelaki,
ana tidak ketawa dengan kuat di khalayak, ana menghormati kedua ibu bapa ana
dan semua orang yang layak dihormati, ana menghormati guru ana dan lain2. Ana
merasakan apa yang ana lakukan sudah cukup sebagai seorang yang beragama islam.
Namun, perbualan ana dengan sahabat ana itu telah mengejutkan
ana bahawa ana belum cukup untuk layak digelar seorang muslimah. Muslimah
adalah seorang wanita, perempuan, gadis dan yang semaksud dengannya yang
beragama islam, mengamalkan ajaran islam bukan sahaja sebagai amalan agama yang
diwarisi dari keturunan yakni keluarganya (ibu bapanya) tetapi sebagai cara
hidup dan amalan yang bakal dijadikan bekalan di akhirat nanti. Sahabat ana
yang juga pernah hampir terleka menyatakan pada ana rintihan hatinya yang ingin
mengubah haluan hidupnya ke jalan yang betul dan diredhai Allah. Namun, sahabat
ana ini tidak mahu hanya diri sendiri yang berubah tetapi mahu sahabat2nya yang
lain turut sedar akan kekhilafan diri. Syukur ana juga diajak. Walaupun mungkin
sekarang ana tidak betul2 100% telah berubah tetapi ana cuba sedaya upaya ana
cuba berubah dan secara berterusan. Insyaallah, niat ana ikhlas untuk berubah.
Ana cuba mencari2 bahan2 bacaan yang banyak mengajar tentang agama. Tujuan ana
agar ana akan lebih insaf dan lebih banyak tahu larangan dan suruhan dan
melakukan yang sebetulnya bukan sekadar ikutan. Contohnya, memakai tudungbukan
sekadar menutup rambut tetapi menutup aurat dalam erti kata yang sebenarnya.
Ana juga bertanya kepada yang lebih berpengetahuan dalam sesuatu hal andai ana
ingin tahu tentang sesuatu.
Untuk menjadi seorang yang menurut ajaran agama yang
sepatutnya tidak semestinya perlu lahir di dalam keluarga yang ibu dan ayahnya
seorang ustaz dan ustazah atau sebagainya. Apa yang penting, jati diri setiap
insan. Andai niat dihati kuat, insyaallah kita kan mampu berubah. Ana bersyukur
ana masih mampu berubah. Ana masih sempat berubah. Dan ana tidak terjerumus ke
dalam masalah2 sosial di zaman sekarang. Ana hanya dilekakan dengan hiburan
yang terlalu banyak di media massa. Rancangan2 hiburan yang tidak mengira masa.
Sehingga ana melewat2kan waktu solat, sehingga ana melengah2kan kerja dan ana
menjadi seorang yang lalai di mana perangai ini amat tidak patut diamalkan
sebagi seorang islam. Mungkin ditambah dengan faktor ana belajar jauh dari
kampung halaman dan tinggal jauh dari keluarga. Tiada orang yang akan menegur.
Ana menjadi leka.
Ana amat bersyukurkepada Allah SWT kerana telah membuka hati
ana agar berubah. Ana juga amat berterima kasih kepada sahabat ana yang telah
menyeru ana agar ana turut berubah. Sahabat ana yang menegur kesilapan ana yang
ana tidak sedari. Sahabat ana yang memberi kekuatan kepada ana agar ana turut
berubah dan selalu memberi sokongan. Semoga Allah menguatkan hati ana untuk
terus berubah. Amin...