--AuRaT WaNiTa--
Posted by: Siti Nurain (muslimah milik ayah dan ibuku, hamba Allah SWT) / Category: mUhAsAbAhAssalamualaikum... Ana bukanlah begitu arif untuk berbicara tentang hal ini...namun, ana ingin berkongsi apa yang ana pelajari melalui pembacaan ana yang sedikit cuma.
Aurat wanita merangkumi banyak perkara pada diri wanita itu seperti suara, tubuh dan badan perhiasan.
Firman Allah,
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]
Kebanyakan wanita muslimah kini sememangnya memakai tudung tetapi ada sesetengahnya hanya kerana mengikut ‘fesyen’ semata-mata kerana perkembangan aliran fesyen bertudung yang semakin berkembang dengan pesat pada waktu ini. Ramai yang tidak menyedari selain memakai tudung perlulah juga menjaga adab- adab pemakaian tudung itu agar selari dengan kehendak Islam dan bukan sekadar ‘fesyen’ semata- mata.
Firman Allah yang menyatakan tentang keperluan untuk melabuhkan tudung menutupi dada.
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
Cara menutup aurat bagi perempuan menurut islam berserta dalil-dalilnya mengikut al-Quran dan al-Sunnah. (sumber: ruang soal jawab kemusykilan agama JAKIM)

Di antara cara-cara menutup aurat bagi wanita Islam ialah:
i) Menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan
ii) Pakaian tersebut tidak nipis sehingga menampakkan kulit
iii) Pakaian tersebut tidak ketat
iv) Pakaian tersebut tidak terlalu mahal
v) Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian orang bukan Islam.
Mengenai kewajipan ini Allah SWT berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka , atau anak-anak bagi saudara lelaki mereka ,atau anak-anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya".
Selain itu, suara wanita adalah aurat sekiranya suaranya amat merdu sehinggakan boleh menjadi fitnah kepada masyarakat (yang bertujuan untuk menggoda lelaki)
Tabarruj???
Apakah tabarruj?
Tabarruj ialah perhiasan berlebih-lebihan dari segi pemakaian, kecantikan buatan dan sebagainya.(sumber ruangan kemusykilan agama JAKIM)
Terdapat hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi yang menjelaskan bahawa,
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
Abul A’la al Maududi berkata:
“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-
(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);
(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya.
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
Abul A’la al Maududi berkata:
“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-
(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);
(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya.
Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak.
"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].
(dipetik daripada http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1273-aurat-wanita-muslimah-menurut-syarak)
Oleh itu, marilah semua wanita muslimah, mulalah menilai apakah pakaian yang sering kita pakai, bagaimanakah tudung yang kita letakkan sebagai penjaga maruah kita...sama- samalah kita renungkan. Buatlah keputusan yang terbaik. Islam menetapkan yang terbaik untuk hambanya. Tiada yang menyusahkan kerana setiap yang ditetapkan untuk kita ada sebabnya.