--DeMi mAsA--

Posted by: Siti Nurain (muslimah milik ayah dan ibuku, hamba Allah SWT) / Category:




Masa berjalan tanpa kita sedari. Setiap detik berlalu sambil kita melakukan tugas hakiki kita di atas muka bumi ini. Sesungguhnya,masa tidak menunggu kita. Ana masih ingat sewaktu di sekolah rendah, cikgu mengajar tentang bagaimana untuk mengira waktu seperti saat, minit, jam dan hari. Ana yakin anda sekalian juga begitu bukan??
Tapi berapa ramaikah di antara kita yang betul- betul mempraktikkan ilmu yang dipelajari itu. Bukan dari segi duniawi yang ana maksudkan. Ini kerana sememangnya di zaman ini sudah ramai bijak pandai yang berjaya, pastinya soalan mengenai mengira masa seperti saat,minit, jam dan hari sangat enteng untuk dijawab. Ana ingin mengajak kita semua merenung dari sudut usia kita yang semakin meningkat dan berapa lama lagi masa yang kita semua ada untuk mencari bekal untuk dibawa bersama ketika kita akan mengadap-Nya di hari perhitungan kelak. Sudah bersediakah kita. Adakah dengan apa yang ada sekarang sudah mencukupi untuk kita???
Adakah kita menggunakan ilmu yang kita pelajari dulu untuk menghitung berapa lama masa yang telah kita sia- siakan. Kita tidak mungkin dapat mengira masa yang masih tinggal untuk kita kerana ajal dan maut kita telah ditentukkan oleh-Nya. Itu bukan di dalam kawalan kita, insan yang lemah ini. Kita mungkin akan dijemput bila- bila masa sahaja. Saat ini jua ia mungkin berlaku. Sebagai manusia biasa kita tidak mengetahui bilakah kita akan dipanggil-Nya. Oleh itu, tepuk dada tanya hati dan jiwa kita. Adakah kita sudah bersedia? Adakah cukup dengan hanya solat lima waktu sehari semalam? Adakah cukup dengan hanya memakai tudung tetapi tidak mengikut adab- adab pemakaian yang sebenarnya yang dianjurkan oleh islam?
Janganlah kita angkuh dengan hanya berbekalkan amalan yang belum tentu diterima kerana mungkin ketika kita melakukan ibadat kepada- Nya, kita didatangi perasaan riak, dengki, menunjuk- nunjuk dan sebagainya yang menyebabkan amalan kita tidak ikhlas.

Manusia sememngnya mudah leka dengan duniawi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita sesama kita saling mengingatkan dan menasihati. Namun, di dalam kita ingin menasihati insan lain, seeloknya selidiklah yang sebenarnya dan gunakanlah cara yang sebetulnya agar nasihat dan peringatan yang disampaikan mudah diterima dengan baik oleh pihak yang dinasihati. Sesungguhnya islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan. Kadang- kala, kita sendiri yang menyulitkan perkara yang mudah. Contoh yang dapat ana berikan di sini, andai kita adalah perantau, kita boleh melakukan solat Jama’. Nah, di sini menampakkan Islam menggalakkan umatnya untuk melakukan amalan wajib tanpa membebankan kita.
Marilah kita sedar dari lena ini, sesungguhnya kelalaian itu merugikan. Jangan hanya kerana ingin menikmati keseronokkan duniawi kita lupa tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Ingatlah, ajal maut sentiasa menanti kita. Ia takkan memberi isyarat sebelum menemui kita. Andai telah sampai waktunya kita akan kembali kepada-Nya. Dunia ini hanyalah pinjaman kepada kita semata- mata, ia akan diambil dari kita bila- bila sahaja. Peringatan ini juga untuk diri ana, semoga kita sama- sama memperingati dan mengingati sesama lain. InsyaAllah.


0 comments:

Post a Comment