--YaNg DiCaRi--

Posted by: Siti Nurain (muslimah milik ayah dan ibuku, hamba Allah SWT) / Category:


Sewaktu ana berusia belasan tahun, ana pernah mempunyai seorang teman lelaki.itu adalah cinta pertama yang ana kenali dan terakhir hingga saat ini. Ana akui saat itu bukanlah ana begitu menyukai malah ana rasakan ana tidak mengerti pun apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ‘cinta’. Mungkin sekadar mengikut trend. Ana melihat rakan-rakan sekeliling ana sudah mempunyai teman lelaki dan seperti seronok kerana mendapat hadiah dan sering keluar bersama selain belajar bersama-sama. Pada waktu itu ana tidak memikirkan bahawa itu adalah perkara yang salah. Namun, ana bersyukur kerana sepanjang ana ‘berkawan’ teman lelaki ana tidak pernah mengambil kesempatan kepada ana. Kami tidak pernah berpegangan tangan sekalipun duduk dekat. Ana meletakkan syarat itu kerana ana masih mahu hubungan yang terjalin adalah berdasarkan keikhlasan. Sungguh dia tidak pernah mengambil kesempatan mungkin kerana dia menghormati kehendak ana. Namun, hubungan itu tidak bertahan lama kerana ianya adalah hubungan jarak jauh. Kami tidak pernah bergaduh, namun mungkin kerana si dia bosan menunggu ana yang tidak mahu seperti orang lain yang sering keluar bersama dan sebagainya. Kerana terputusnya hubungan itu, keputusan ana di dalam peperiksaan merosot. Ana seakan tidakdapat menumpukan kepada pelajaran. Ana kecundang. Keputusan ana amat merosot. Nah, disinilah ana mula melihat betapa silapnya keputusan ana kerana ber’couple’. Kerana mengikut ‘trend’ sedangkan ana tidak kenal apa itu cinta. Ana tersilap langkah. Ana fikirkan ana mampu mengawal hubungan itu agar ianya suci kerana kami tidak pernah berpegangan tangan, keluar juga tidak pernah duduk berdekatan mahupun berduaan. Namun, apalah ertinya.
Kini, ana menyedari kesilapan ana yang lalu. Andai dulu, ana memikirkan ana sudah tidak mahu untuk ber’couple’ kerana ana sukar untuk mempercayai lelaki kerana setelah beberapa bulan hubungan kami berakhir, ana mendapat tahu si dia sudah mempunyai orang lain malah rupa-rupanya sebelum hubungan kami berakhir. Betapa hancurnya hati ana kerana ditipu sedemikian hanya kerana hubungan jarak jauh kami.
Kini, ana sudah menetapkan. Ana sudah tidak mahu melakukan kesalahan yang sama. Kini, ana mahukan hubungan yang terjalin antara seorang wanita dan seorang lelaki yang diredhai Allah SWT. Ana menyerah pada waktu untuk ana mengetahui siapakah jodoh ana yang telah tertulis untuk ana yang telah ditetapkan Allah SWT. Bukan berputus asa. Tetapi ana tahu di persimpangan hidup ana, bila tiba masanya insan itu akan muncul kerana biar kita bercinta 10 tahun namun, andai sudah bukan jodoh tiada ertinya tetap tidak akan berkekalan hubungan itu. ana begitu sedih dengan fenomena yang terjadi sekarang. Bercinta sudah satu hal, ditambah pula berpegang tangan dan berpeluk sesuka hati. Andai tidak berjodoh dan masing-masing berkahwin dengan orang lain. Apalah yang tinggal untul suami. Isteri yang dikahwini sudah dipeluk-peluk orang lain.  Syukurlah andai sudah menyesal dan mendapat suami yang pemaaf dan menerima kekurangan isteri. Andai sebaliknya yang berlaku, suami mula mengungkit kisah silam si isteri dan pada waktu itu sudah tiada perkataan menghormati antara satu sama lain. Maka pincanglah rumah tangga. Cubalah kita melihat kesan perkara yang dianggap seronok danmebahagiakan ini di masa hadapan. Ini melibatkan institusi kekeluargaan yang bakal terbina. Ana tidak mahu diri ana berdiri sebagai salah seorang disitu. Maka ana amat bersyukur ana sudah tersedar dari lena dan mimpi ngeri itu.

Di sini,ana ingin berkongsi puisi yang dihantar kepada ana oleh seorang sahabat yang menjadi penyokong agar ana berubah.

Salahkah bercinta??
Aku pernah mengidamkan kebahagiaan cinta seperti insan lain
Aku jua pernah mengimpikan sayang dari orang yang betul2 istimewa
Aku xnafikan pernah meminati seseorang tanpa sesiapa pun tahu, tapi apa daya
Aku terpaksa pendam cinta manusia kerana janji Allah
Aku amat yakin janji Allah adalah benar
Lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik
Aku mohon aku salah seorang darinya
Dan walaupun sedih  dan perit tidak pernah dimiliki sekurang-kurangnya mati syahid jadi pilihanku
Wahai mujahidah yang solehah
Yakin dan carilah cinta Allah sepenuhnya
Moga dapat menjadi pengurus dan pelindung yang baik untuk keluarga anda


0 comments:

Post a Comment