--CiNtAkU--
Posted by: Siti Nurain (muslimah milik ayah dan ibuku, hamba Allah SWT) / Category: CiNtA
Ana ingin untu berbicara tentang cinta. Ana bukanlah pakar tentang cinta kerana seperti yang ana tuliskan sebelum ini, ana hanya pernah ber’cinta’ sekali dan selepas itu tidak lagi. Tetapi ana bukanlah mahu bercerita tentang cinta ana itu. tetapi tentang cinta yang semua orang kejarkan sekarang ini. Layakkah kita untuk bercinta?? Mampukah kita untuk menjadi pencinta yang hebat?? Siapakah idola cinta kita??
Layakkah kita untuk bercinta??
Kelayakan apa yang diperlukan untuk bercinta? Kita muda-mudi di zaman ini seakan tidak lengkap hidup andai tidak bercinta. Rakan-rakan bercinta, kita juga mahu bercinta. Tetapi kita tidak terfikir apa itu cinta? Adakah untuk bercinta kita perlu untuk berhubung sehari-hari, menghabiskan masa berjam- jam bercakap di telefon atau ber’yahoo massenger’ atau pun ber‘twitter’ dan sebagainya? Bagi ana, kita perlulah mencintai diri sendiri terdahulu sebelum kita mencintai orang lain, dengan ini kita aan menghargai diri sendiri dan tidak akan menganiayai diri sendiri. Dan semestinya, sebelum kita mampu mencintai diri sendiri (bukannya mementingkan diri sendiri) kita perlulah mencintai Allah SWT kerana Dialah pemlik diri kita, insan yang lemah. Seelok-eloknya bercinta lah dengan suami sendiri bagi wanita, dan bercintalah dengan isteri sendiri bagi lelaki. Ini pastinya akan membawa lebih kemanisan dalam alam rumah tangga anda dan tentunya tidak melakukan dosa kerana anda bercinta dengan insan yang halal bagi anda. Andai belum berkahwin, sesungguhnya syaitan sentiasa membisikkan godaan untuk anda melakukan dosa. Dan, walau tanpa anda sedari anda melakukan kesilapan itu biarpun begitu kecil seperti sentiasa teringat- ingat dan terbayang- bayang wajah insan yang anda cintai itu. apalah ertinya mengingati dan membayangkan wajah insan yang tidak halal bagi anda. Pastinya hanya menambah dosa. Sebaiknya belajar untuk mencintai Allah SWT terlebih dahulu kerana cinta Allah membawa ke syurga. Andai inginkan cinta sesama makhluk manusia, cintailah yang halal bagi anda. Dapatkan cinta anda dengan cara yang betul dan sah. Insyaallah cinta anda akan lebih diberkati.
Mampukah kita untuk menjadi pencinta yang hebat???
Mampukah kita menjadi seperti Siti Khadijah dan Nabi Muhammad saw?? Cinta mereka begitu indah. Biarpun Siti Khadijah lebih tua dari Rasulullah saw, namun cinta mereka begitu teguh, manis dan indah. Cinta yang dibina begitu utuh dan berseri. Dibandingkan dengan diri kita yang begitu lemah mampukah kita menjadi pencinta yang hebat??
Hanya dengan menghadiahkan hadiah- hadiah yang mahal dan berjenama, adakah itu sudah begitu hebat? Adakah cinta kita hanya bernilai sebuah jam berjenama Gucci? Begitu murahkah nilai cinta yang lahir dari dalam diri kita untuk insan yang kita ‘cintai’? sesungguhnya cinta yang dibina di atas paksi kebendaan tidak akan kekal lama dan tiada nilai keikhlasan yang sewajarnya. Di mana nilai keikhlasan yang ada andai cinta yang dibina di atas paksi kebendaan itu akan bernilai bila sudah tiada nilai kebendaan (bankrap atau sebagainya seperti hilang harta atau jatuh miskin). Pencinta yang hebat pastinya pencinta Allah SWT yang hebat jua.
Siapakah idola cinta kita??
Adakah idola cinta kita adalah artis- artis yang semakin banyak yang bercerai- berai. Tidak dinafikan mereka manusia biasa. Namun, cuba lihat di mana letaknya bahagia andai duit banyak tetapi tiada insan yang disayangi di sisi. Carilah idola cinta yang dapat dicontohi bagaimana mereka memantapkan cinta mereka sesama sendiri seiring memantapkan cinta kepada Allah SWT. Rasulullah contoh terbaik. Biarpun tidak dapat mencontohi semuanya. Mengambil serba sedikit sudah mencukupi.
Psst: andai sudah sampai seru, kahwinlah kerana sesungguhnya kahwin akan menutup pintu- pintu dosa yang mungkin berlaku contohnya zina dan maksiat.